Follow Us

Sunday, 3 May 2020

Resepi Ikan Goreng Berlada Campur Petai

Hai guys, kembali lagi dengan menu seterusnya iaitu ikan goreng berlada tambah petai. Petai ni masak dengan apa pun memang best sangat kan. Kisahnya husband saya ada belikan ikan talapia 2 ekor, agak murah harganya rm10 ringgit seekor. Ok la kan time-time kena berkurung kat rumah ni. Agak bosan makan ayam boleh la makan ikan jugak.



Bahan-bahan:
- ikan talapia saya potong kecil (goreng garing dengan garam kunyit)
- petai
- garam secukup rasa

Bahan tumbuk:
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili merah
- Cili padi hijau
* Tumbuk tak perlu halus sangat, biar kasar-kasar sikit baru best.

Caranya:
1. Ikan talapia digoreng garing, kemudian toskan dan ketepikan.
2. Guna kuali yang sama, kurangkan sikit minyak, tumiskan bahan tumbuk sampai garing dan naik bau.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kalau nak letak gula pun boleh ikut citarasa masing-masing.
4. Kemudian masukkan petai. Goreng sekejap then masukkan ikan tadi. Gaul sampai sebati.

Mudah je kan resepi ni. Tapi sedap sangat makan dengan nasi panas-panas. Selamat mencuba semua.

No comments:

Post a Comment