Follow Us

Sunday, 9 February 2020

Resepi Cucur Jagung Simple Pasti Sedap

February 09, 2020 0 Comments
Hi guys.

Cucur jagung ni memang my favorite especially yg my mom buat. Setakat ni tak ada yang boleh challenge lagi rasa macam cucur jagung my mom. So ni kira resepi simple from her tapi ni version paling simple guna bahan basic je yang ada kat rumah. Kucai udang semua tak ada. Haha.



Bahan-bahan:
- Jagung (saya guna jagung segera frozen tu beli kat tesco)
- Tepung gandum
- Sedikit udang kering (ni kalau ada udang hidup lagi sedap la)
- Bawang besar (hiris nipis)
- Cili merah (hiris nipis)
- Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan-bahan tu dalam bekas. Tambah air sikit-sikit. Tengok dulu pekat adunan tu macam mana. Kang terlebih air tak jadi pulak.
2. Perasakan garam gula ikut citarasa korang.
3. Panaskan kuali, minyak penuh. Then boleh la jemput adunan cucur jagung tu untuk digoreng. Boleh pakai sudu atau tangan ikut la mana yang korang prefer.
4. Bila dah siap masak, boleh la angkat dan hidang.



Saya suka makan cucur jagung ni cicah sos cili je. Kena pulak dengan teh o panas. Makan time petang-petang or pagi, layannnnnn. Hihi. Selamat mencuba semua.

Sunday, 19 January 2020

Rumahku Syurgaku - Home Sweet Home

January 19, 2020 0 Comments
Alhamdulillah dah setahun duduk rumah sendiri. Masih tak banyak beza sangat cuma semakin melengkapkan apa yang kurang untuk rumah ni la kiranya.

Ruang tamu dah semakin lengkap

Dapur tak ada beza or penambahan, macam tu jugak. Hihi.


So far ok tak ada masalah apa-apa lagi kecuali sekali je la pengalaman buruk rumah cuba untuk dipecah masuk. Time kejadian tu kami keluar sebab weekend hari Ahad kan. Balik ke rumah sekitar pukul 3 petang camtu tengok pintu rumah yang gril terbukak. Terkejut jugak masa tengok tu terus terpikir eh husband tak tutup pintu ke tadi. Tapi saya sendiri tengok dia kunci. Dah sah la memang ada orang cuba pecah masuk.


Ni masa security guard datang nak check.

Pintu kayu alhamdulilah tak terbukak. Tapi kesan orang cuba nak pecahkan pintu kayu tu memang ketara. Sampai dah pecah sikit kat tepi-tepi tu. Alhamdulilah kiranya pintu kayu tu memang kuat betul sebab pencuri tu tak berjaya nak pecahkan. So dia tak boleh la masuk. Syukur ya Allah tak ada apa-apa yang hilang. Tak boleh bayang kalau dia berjaya masuk sebab saya simpan duit sekolah anak untuk registration dia kat dalam rumah. Dengan latop ada 2 lagi. Alhamdulilah masih rezeki kami semua tu.

Lepas kejadian pergi report management and polis. Haishh zaman sekarang ni duduk rumah kondo ada security guard pn boleh ada kes pecah masuk ni. Moral of the story berhati-hati je la kat mana pun kita berada kan.

Ok la berbalik kepada cerita pasal rumah ni, hari tu saya tukar bedsheet untuk katil in master bedroom. Beli kat ikea. Hihi. Pastu beli frame untuk lekat kat dinding. Gambar pulak saya pilih gambar from Google then pergi print je. Kos murah sikit la buat camtu. Ni la jadi hasilnya. Ok ke Ko? 😊

Tukar bedsheet je pun nak tunjuk jugak kannn, haha.



Frame murah beli dekat tesco je. 



Monday, 13 January 2020

Langkah Untuk Buat Pengurangan Pinjaman Pelajaran Mara

January 13, 2020 0 Comments
Hi semua.

Ok basically post ni ditujukan untuk student-student yang ada ambik loan pelajaran mara untuk study. Tak kisah la study apa dan dimana, semua tau yang loan study mara ni is actually a convertible loan, which is kita cuma perlu bayar balik dalam 20% of total loan je. Syaratnya lulus belajar. Kalau tak lulus tu kena la bayar balik full amount kan.

Once korang dah habis study and graduate, korang perlu buat permohonan pengurangan bayaran. Kalau tak buat, dia automatic akan kira full amount tau. So untuk buat permohonan sekarang ni just guna online je. Tak perlu nak menapak ke pejabat mara dah. Kat sini saya share sikit la how's the step and apa yang korang perlu buat, document, etc.

Website untuk buat pengurangan tu is eConversion. Korang google je econversion mara, nanti jumpa la tu. Anyway korang boleh click link website tu kat sini je econversion.


1. Bayar komitmen pendahuluan RM300.

Resit bayaran ni korang kena simpan and upload dekat website tu nanti. Kalau tak buat, korang memang tak akan boleh apply untuk pengurangan.

2. Bayar tunggakan bulanan (if any).

Yang ni kalau korang dah diberi jadual bayaran bulanan, korang kena make sure in account korang takde tunggakan k. Kalau ada tunggakan, memang permohonan korang tak akan diproses.

3. Sahkan sijil yang diperlukan.

Sijil yang diperlukan ialah scroll and transcript rasmi korang. Buat salinan fotocopy then pergi sahkan sijil korang tu. Take note cuma pegawai kerajaan/ketua kampung/guru besar je yang boleh sahkan sijil ni. Kalau korang bagi pesuruhjaya sumpah sahkan pun tak diterima. Ni pengalaman sendiri so thats why saya bagitau siap2 kat sini senang untuk korang cari orang yang betul untuk sahkan sijil semua tu.

4. Log in dekat econversion. 

Masuk kat link tu then log in la. Guna password yang sama korang guna untuk log in dekat e-baki. ID is korang punya IC. Just isi semua details yang dia mintak tu. Then upload la document korang. Kiranya semua sekali tiga document la:
-slip bayaran komitmen rm300
-scroll
-transcript

Dah siap isi semua korang boleh tekan submit. Once dah submit korang boleh la check status dekat website yang sama jugak. Kalau dah keluar status diterima tu alhamdulilah kira lepas dah first step. Tunggu je la dorang buat calculation berapa yang korang kena bayar.

Camni la status yang akan keluar nanti

Kalau kata ada apa yang tak lengkap, dia akan update status dekat situ jugak. So korang boleh log in balik and amend accordingly apa yang tak lengkap tu.

So far tu je la step yang korang kena buat. Once status dh diterima tu, macam sy dalam sebulan kemudian dah approved. Untuk tau status final ni korang kena check dekat e-baki. Tak perlu log in dekat econversion dah. Check dekat e-baki so korang dapat la full amount yang korang kena bayar. 

Saya punya dah settle alhamdulillah :)

Tu je la step yang diperlukan. Hopefully membantu untuk korang yang nak buat jugak nanti. Good luck semua. Thank you for reading.

Sunday, 12 January 2020

Family Trip to Kuching, Sarawak

January 12, 2020 0 Comments


Edisi kali ni nak share pengalaman saya jalan-jalan ke Kuching dengan my family. Ni kira edisi tertangguh. Haha sebab dah lama pegi bulan 8 hari tu ni baru nak update. Baru ada kerajinan nak cerita. Malas tapi nak cerita jugak camne tu? Hihihi.

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Ok so kisahnya bulan 8 hari tu kami sekeluarga termasuk mak, ayah and adik-adik saya kami semua ke Kuching sebab nak hantar adik bongsu saya daftar masuk ke UITM Kota Samarahan. Ye adik saya dapat universiti yang jauh untuk sambung pengajian degree dia. Tapi ok la tu jauh lagi saya dulu masuk UMS. Haha.

Dah sampai Kuching harus la bergambar dengan kucing-kucing ni kan.



Waktu malam dekat waterfront.



Kisahnya saya pergi berlainan waktu dengan my mom, dad and adik-adik semua. Sebab saya amik tiket yang paling murah, so timing lari sikit dari timing dorang. Lagipun dorang naik kat airport penang, saya, husband and anak naik kat KLIA la since ktorang dekat KL kan. Rezeki saya dapat tiket murah dengan flight MAS. Total 3 beranak kami cuma 580 return tiket. Yess murah kan. Tapi yang ni saya amik yang economy light punya so tak ada check in baggage. But its ok since kami bukan plan nak shopping pun kan. So setakat 3 hari tak da masalah la.

Before boarding.

Layan movie kartun dalam flight.

Request kids meal untuk Ammar. Dapat spagheti set. Habis satu meal untuk dia. Alhamdulillah. 

Signature pose kat dalam flight. Wajib ada. Hihi.
My mom book hotel utk kami semua dekat hotel Imperial Riverbank, Kuching. Hotel ni memang betul-betul dekat Kuching Waterfront. So kalau location wise memang superb la. Nak makan nak jalan-jalan semua senang je sebab dekat situ je kan. Korang boleh check out harga and gambar hotel ni kat sini k. https://www.booking.com/hotel/my/imperial-riverbank-kuching.html. Bilik dia pun nice and selesa sangat. Harga pun not bad. Yang bestnya breakfast kat sini sedap. Yess saya suka sangat especially menu laksa sarawak kat sini sedap wehh. 

Dah nama pun trip nak hantar adik bongsu kan so basically kami tak kemana pun. Just rilek and leisure je. Satu hari dah guna untuk pergi urus pendaftaran adik saya. Kami sewa kereta je senang kan. Lagi jimat dari nak amik grab sebab kami ramai. Nak ke UITM Kota Samarahan dari Kuching tak ada la jauh sangat dalam 30 minit gitu je. So kami sewa kereta Alza boleh muat semua. Pagi-pagi lepas breakfast dah pergi hantar dia, then bawak barang dia semua pergi hostel, kemas-kemas kejap.

Right after breakfast, mommy daddy selfie dulu. Hihi.

Tengah tunggu ucu register kat UITM

Bye adik bongsuku. Selamat study.

Baju dah bertukar belum apa-apa lagi sebab budak kecik ni tumpahkan milo kat baju putih dia tu. Haishh la anak.
Dah settle kemas-kemas tu, ada masa kami singgah ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh (Semenggoh Wildlife Centre). Sebab yang ni dah tengah-tengah antara Kota Samarahan dengan Kuching. Boleh la singgah kejap tengok orang utan. Haha. Tiket masuk sini pun murah je adult Malaysia just RM5 only.

My mom and dad

Ada la 2 ekor ni keluar masa kami sampai sini


Lain-lain time tu takada apa sangat la kami just jalan-jalan shopping kek lapis je kat sekitar town tu. Kalau kek lapis yang famous kat sana Kek Lapis Mira dengan Dayang Salhah. Kalau dari waterfront nak ke kedai kek lapis Dayang Salhah tu kena seberang sungai tu. Naik je bot kecik kat tepi-tepi tu sorang seringgit. Hihi. Boleh merasa naik bot kecik tu.

Gini la dalam bot tu kecik je kan

Muka budak kecik ni cuak. Hihi

With adik no 2

Daddy, mommy and Ammar
Dah kat seberang tu kami sempat jugak pergi melawat Fort Margherita. Ni one of the historical museum kat sini. Sapa suka dengan sejarah boleh datang sini. Kami tak masuk pun ambik gambar je kat sini.



Hari last before balik sempat kami singgat kat My Mom Laksa. Kedai ni laksa sarawak dia memang paling sedap sekali. Korang kalau datang Sarawak jangan lupa try check out kedai makan ni k. Confirm tak menyesal. Tengok je la gambar laksa sarawak dia ni. Menggoda sangat kan. Hihi.

Sumpah paling sedap laksa sarawak kat sini guyss
Sekian la trip jalan-jalan hantar adik pergi UITM kali ni. Thank you for reading guys.


Saturday, 11 January 2020

Resepi Tomyam Ayam Mudah

January 11, 2020 0 Comments

Hello semua. Belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2020..semoga tahun baru ni membawa seribu kebahagiaan buat semua k. Yang mana azam belum tercapai tahun lepas tu tak payah risau bawak je ke tahun baru and cuba lagi yang penting kita tak give up untuk cuba capai azam kita semua kan.

So masa cuti sekolah haritu sempat balik ke kampung then saya pergi ke padang besar saja jalan-jalan. Ramainya orang time cuti sekolah punya la sesak. Haha. Senpat la saya beli maggie tomyam yang fames dekat Thailand tu. Then saya ada beli pes tomyam kaw yang asli selalu orang thai guna. Saya dah try masak tomyam guna pes tu. Yes memang sedap rasa dia. Jom saya share resepi simple tomyam saya buat ni. Saya guna ayam je paling simple.

Bahan-bahan:
- Ayam (nak lagi best boleh guna isi ayam tapi saya xda so saya guna je beberapa ketul ayam)
- 3 sudu besa pes tomyam
- 1 sudu kecil cili boh (yang ni nak bagi kaler tomyam tu menarik)
- 2 batang serai (satu diketuk, satu lagi hiris nipis)
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 biji bawang besar (hiris bulat)

Bahan sayur:
- Carrot
- Putik jagung
- Kacang buncis (saya belasah je tambah sebab sayur lain xda, haha)
- Beberapa biji cili padi (diketuk)

Ayam basuh and bersihkan
Sayur-sayuran yang saya guna




















Cara-caranya:
1. Masukkan air dalam periuk, masuk sekali bawang besar, bawang putih and serai. Bukak api biar sampai mendidih.



2. Kemudian masukkan ayam semua. Biar ayam masak kejap sampai isi ayam jadi putih tu elok la.
3. Masukkan cili boh, kacau kejap, then masukkan pes tomyam tu. Kacau la semua sekali and biar mendidih kejap.
4. Then masukkan semua sayur-sayur yang dah hiris tadi.
5. Perasakan dengan garam limau nipis ikut selera masing-masing.



Dah siap dah tomyam ayam ni. Boleh la hidang. Tambah telur dadar satu buat pelengkap lauk tomyam ni. 
Selamat mencuba semua.

Saturday, 2 November 2019

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

November 02, 2019 0 Comments
Hi semua. Saya nak share satu resepi mudah senang nak masak which is ikan tenggiri masak lemak cili api. Ok basically ikan apa pun boleh je guna ikut citarasa masing-masing kan. Tenggiri block ni mak saya belikan 2 block sebab nampak segar sangat. Memang best masak ikan fresh macam ni. Kalau ikan tenggiri ni selalunya memang saya akan masak yang berkuah sebab saya kurang gemar tenggiri bergoreng. Hihi. Jom tengok resepi mudah ni.



Bahan-bahan:
- Ikan tenggiri dibersihkan
- Santan
- Serai (diketuk)
- Asam keping
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa

Bahan tumbuk halus:
- 1/2 biji bawang merah
- 5 tangkai cili api (kalau suka pedas boleh tambah)

Cara-caranya:
1. Masukkan santan dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk halus tadi. Bukak api dan kacau perlahan. Guna api slow je k.
2. Masukkan serai. Masukkan satu sudu kecil serbuk kunyit. Saya takda kunyit hidup sebab tu guna serbuk kunyit. Kalau korang ada kunyit hidup boleh tumbuk sekali dengan cili padi and bawang.
3. Make sure kacau je supaya santan tak pecah minyak. Bila dah mendidih, masukkan la ikan and asam keping.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Bila ikan dah masak, boleh la tutup api and hidang.

Siap dah menu masak lemak ikan ni. Simple je kan. Saya letak timun lepas masukkan ikan. Ada setengah orang suka letak terung dalam masak lemak kan. Yang ni optional. Sapa suka letak, kalau tak suka tak payah la kan. Sapa2 yang baru nak belajar masak pun boleh buat ni gerenti jadi. Selamat mencuba semua.

Wednesday, 9 October 2019

Pengalaman Bercuti ke Amsterdam, Holland

October 09, 2019 0 Comments
P/S: Saya update coretan pengalaman saya ke Amsterdam untuk 4 hari jadikan dalam satu entry sahaja, mudah untuk pembaca nak baca. Enjoy reading guys.

Salam semua.

Kali ni saya nak cerita pengalaman saya bercuti ke Amsterdam. Pada cuti easter break yang lepas, saya and husband sempat la melawat Amsterdam. Kami book flight easyjet return tiket from Edinburgh total 105 pound. Murah kan. Kitorang pegi 4 hari je 3 malam. Hari pertama kami just leisure around the town. Hotel kami stay namanya Singel Hotel. Book di Booking.com. Harga murah, location superb. Recommended.



Rupa macam buruk tapi bilik dia sangat selesa. Berpatutan dengan harga.

Macam ni la rupa dalam bilik tu.

Hari kedua kami join countryside tour Amsterdam. Kami beli one day countryside tour kat Viator.com. Tempat yang kami pergi termasuk Zaanse Schans Windmills Village, Volendam and Marken. Zaanse Schans ni tempat windmill. Tak sah kalau datang Amsterdam tak melawat mercu tanda Amsterdam ni kan. Besar-besar kincir angin kat sini. 






Tempat kedua plak kami dibawa melawat ke perkampungan nelayan yang terkenal iaitu Volendam and Marken. Kat sini kami tengok demo buat cheese secara tradisional. Kepada peminat cheese boleh la borong cheese kat sini. Murah dan banyak sangat pilihan. 












Kami diberi masa lebih kurang sejam untuk makan tengahari kat sini. Jangan lupa try seafood kat sini sebab sangat fresh dan murah. Nama pun fishing village kan. Hihi. 

Ni antara fresh seafood yang dijual kat sini.


Then kami dibawa pula menaiki bot untuk ke Marken. Kat Marken ni kami dibawa melawat tempat buat kasut terompah kayu yang fames kat Amsterdam ni. 












Keseluruhannya trip ni memang sangat berbaloi. Best sangat dapat tengok countryside of Amsterdam ni. Memang cantik pemandangan2 sepanjang trip kali ni.
 
Hari ketiga kami menghabiskan seharian di taman tulip paling fames kat dunia ni. Mana lagi kalau bukan Keukenhof Garden. Untuk info, Keukenhof ni hanya dibuka sekali saja setiap tahun iaitu semasa musim bunga. Untuk tahun ni Keukenhof dibuka mulai 23 March smpai la 17 May 2015 sahaja. Hati memang tak sabar sangat nak melawat Keukenhof. Ni kira salah satu wishlist saya ni. Kami book tiket online sekali dengan shuttle bas dari town terus ke Keukenhof garden ni. So sangat la mudah. Cuma perlu berkumpul di pick up point untuk ke sana. Harga dah tak ingat. Huhu. Jom layan gambar tulip yang sangat cantik ni.












Kat dalam taman ni ada satu kawasan indoor. Dalam indoor tu penuh dengan tulip yang tersangat cantik dan blooming dengan begitu cantik. Tulip kat dalam ni macam spesies tulip yang dijaga la kiranya kot. Cuba tengok bunga dia cantik sangatttttt.















Cantik kan tulip ni semua. Rasa macam nak bawak balik rumah tanam kat rumah. Hihi. Banyak sangat gambar kat Keukenhof ni. Tempat dia cantik sangat rasa semua tempat nak ambik gambar.








So itu la kisah kami seharian di taman tulip yang sangat cantik ni. Insyaallah kalau ada rezeki teringin nak datang sini lagi. Nak bawak satu family. Amin. Insyaallah. Hehe.

Last day kat Amsterdam, kami just beli canal cruise tour tiket. Memandangkan flight balik ke Edinburgh malam pukul 9, so sempat la kami jalan lagi sekitar town dia. Tiket nak beli canal cruise ni boleh beli dekat ofis dia tepi sungai berdepan dengan bangunan Amsterdam Central. Kalau korang lalu situ sure nampak punya. Tour tu sejam je. So dia akan bawak pusing around the canal. Jom tengok gambar sekitar canal cruise tour tu.
Ni restoran seafood chinese yang paling fames katanya kat sini











Macam ni la rupa bot dia












Ni rumah air. Cantik gila kan. Macam seronok plak ada rumah macam ni.

Lagi rumah air



Ni tempat parking basikal. Amsterdam ni sangat fames dengan naik basikal. Orang kat sini lebih prefer berbasikal.
Rasanya semua orang tau yang selain dari tulip dan kincir angin sebagai mercu tanda Amsterdam ni, basikal, musuem (more to sex musuem, huhu) dan ganja juga sangat la fames kat sini. Seperti semua sedia maklum, ganja halal dan dijual secara terbuka. Satu benda yang saya tak suka sebab sangat busuk okey. Kalau jalan berselisihan dengan orang Amsterdam ni confirm la bau ganja ni melekat.





Ni dekat Dam Square




Air ganja kat sini. Sapa nak try boleh la beli. Haha.

Lolipop ni bukan sekadar lolipop biasa okay. Inilah lolipop berperisa ganja. 

Basikal untuk bawak baby. Rare kan. 

Sex Museum.





Masa kami ke Amsterdam ni awal bulan 4 so cuaca masih jugak sejuk. Kalau pergi time panas lebih seronok nak jalan kot. Hihi. Sekian je la coretan pengalaman jalan-jalan ke Amsterdam, kita jumpa lagi nanti!