Hi assalamualaikum to all readers. Sempena birthday anak saya Ammar yang ke 2 September lepas, saya takde buat majlis untuk sambut birthday dia pn, tapi saya and husband bawak dia jalan2 je. Dulu saya dan suami penah kerja di JB. Tapi dh lama dulu la. Lama jugak la saya dan suami tak ke JB lebih kurang 3 tahun dh. So saja ktorang plan ke JB then boleh terus masuk ke Singapore. Boleh bawak si kecik ni ke USS plannya.
Ktorang memang plan untuk bermalam kt JB je since kalau nk bermalam kt SG kena la bajet yg lebih besar kan. Maklum laa dengan currency exchange RM ke SG dollar tu cmne kan, so better stay hotel kt JB je blh lg jimat. Saya and suami dah pernah ke Singapore dh 2x so ni kali ketiga masuk Singapore tapi first time untuk si kecik Ammar.
Masa pergi bulan 9 ni cuaca tak berapa cantik laa musim hujan so banyak hujan je. Hari pertama sampai JB ktorang bawak si kecik pegi Thomas & Friend Town memandangkan dia peminat fanatik Thomas & Friend ni haaa. Nanti ada masa sy cerita pasal trip kt sini ye.
Ktorang ke Singapore hari kedua. Pagi2 lagi ktorang dh gerak ke JB Sentral untuk ambil bas dari JB Sentral ke Singapore woodland. Bas yang fames korang boleh naik bas Causeway Link kaler kuning. Actually bas apa pn boleh asalkan destinasi dia ke Singapore. Kebanyakkan bas akan turun kan korang dekat station MRT Kranji. So bas ni akan lalu tambak johor ye. Kalau time peak hours time orang pergi kerja dan balik kerja memang jem laa jawabnya. Ktorang pegi hari tu lepas selesai org pergi kerja so smooth je perjalanan masuk ke checkpoint Singapore. Sampai kat checkpoint tu turun dan isi borang imigresen. Then beratur untuk check passport. Yang ni selalunya process dia memang smooth je and cepat je kalau tak ramai org. After dh setel kat imigresen ni pergi la naik bas tu balik then turun kt station Kranji.
|
Macam ni la rupa bas dia lebih kurang. Ni gambar google je ye. |
Kat dalam Singapore ni guna la MRT je sbb memang efisyen sangat public transport dia ni. Cover smua tempat2 yang korang boleh pergi lawat termasuk la USS or Sentosa Island tu. Ktorang sampai situ then tnya kt kaunter tu cmne nak ke Sentosa Island. So dia pn bagi la map and untuk ke Sentosa Island ni station paling dekat is Harbour Front. Harbour Front ni access terus ke Vivo City. Vivo City ni mall besar jugak boleh lepak2 sini jugak.
|
Dalam MRT dia dh zzz |
Dah sampai Vivo City ni boleh naik Monorail (Sentosa Express) untuk masuk ke Sentosa Island ataupun boleh je jalan kaki ikut Sentosa Boardwalk. Ofcos pilihan saya jalan kaki. Sambil2 jalan kaki tu boleh la bergambar dulu kan. Hihi.
|
Ni kat entrance untuk ke Sentosa Boarwalk tapi hujan lebat. |
|
Ada jugak travelator kalau malas nak jalan boleh naik travelator je |
|
Macam ni la tempat jalan kaki tu |
|
Apa lagi bergambar la dulu sambil jalan tu :) |
Masalahnya hujan lebat kat sni, so ktorang stranded agak lama jugak dekat Vivo City mall tak boleh nak keluar. Bila hujan dah stop ktorang baru mula jalan ke Sentosa Island time tu dh lebih kurang pukul 2 ptg. Haha. So ktorang cancel je plan nk masuk USS sebab timing dh pendek nti rugi je xdpt nak jalan lama kat dalam tu. Siann si domot mommy tu. Takpe nanti mommy bwk lagi next time kita pegi yeee. Hihihi. Dalam Sentosa Island ni itself memang dah besar tu pun tak sempat pusing habis jugak.
|
Disebabkan hujan so kita lepak minum coffee dulu la. Hihi. |
|
Ammar and daddy |
|
Budak kecik posing |
|
Tak dapat masuk dalam, kita bergambar kt depan je pn jadi la kan. |
So lepas dah penat jalan ktorang pun balik ke JB semula. Sampai JB dh dekat pkul 8 malam. Alhamdulillah anak pun ok tak meragam. Cuma memang dia penat laa tak duduk diam langsung kan sehari berjalan. Sampai bilik hotel lepas mandi makan semua dia pun terus zzz.
Sekian la cerita mommy daddy and Ammar jalan2 short trip pegi Singapore.
No comments:
Post a Comment