Follow Us

Monday, 19 February 2018

Melawat ke Old Trafford Stadium, Manchester

Sapa sini peminat tegar club MU sila angkat tangan. Haaaa not me of course but since dah sampai ke Manchester ni orang kata tak lengkap trip kita ke Manchester kalau tak melawat ke Stadium yang paling fames ni kan. So saya pun ikut je la husband nak melawat stadium Old Trafford ni. Kami pergi sendiri je dari town Manchester naik bas yang pergi ke stadium. Tanya je driver bas tu mesti dia bagitau. Orang sana baik2 je jangan takut bertanya nanti sesat. Naik bas lebih kurang 30 minit macam tu bas stop betul2 depan stadium yang tersergam indah (indah ke??) tu.

Bahagian depan stadium


Beli tiket masuk kat sini


Masuk ke stadium ni boleh terus pergi ke kaunter untuk beli tiket. Tour stadium ambil masa lebih kurang 70 minit. Banyak masa boleh pilih ikut kesesuaian. Tapi kalau sekiranya kita takut timing yang kita nak penuh dan kita pulak nak kejar masa, jangan risau boleh book online je. Lagi mudah. Pergi je ke website Old Trafford official (http://www.manutd.com/en/Visit-Old-Trafford/Museum-And-Stadium-Tour/Stadium-Tour.aspx). Harga dia lebih kurang £18.



Stadium ni memang sangat2 besar okeyy jakun jap bila saya masuk and tengok sendiri (maaf laa orang tak pernah pergi stadium memang macam ni..kekeke). Tour ni akan bawa kita melawat few area contohnya bilik persalinan pemain, bilik press conference, tempat makan pemain, museum simpan semua piala2 yang MU dh menang and banyak lagi la.















Dekat bahagian tempat duduk tu dia tunjuk la kat mana tempat pemain duduk, tempat VIP and tempat media. Jom tengok gambar2 kat kawasan padang.
















So far saya rasa untuk peminat MU confirm akan suka gila la kalau dapat datang sini. Bagi saya ok laa untuk melawat tak bosan sangat untuk orang yang tak minat bola macam saya. So kalau ada masa dan peluang tu boleh la datang sini. Sekian coretan saya.

No comments:

Post a Comment