Follow Us

Monday, 1 October 2018

Resepi Lala Masak Lemak Cili Api Paling Sedap

Hello semua readers, terima kasih kerana membaca blog saya. Hari ni saya nak share satu resepi mudah je nak buat iaitu resepi lala masak lemak cili api. Ok selalunya kalau lala ni biasanya orang masak sup, masak pedas ala thai ataupun orang buat masak lemak cili api ni la kan. Lala ni ada dua nama, ada yang panggil retak seribu ada yang panggil lala je. Mana-mana pun sama semua sedap jugak kalau dimasak. Tempat korang panggil apa? Kot2 lain dari yang lain kan.

Kisahnya saya beli lala ni dekat NSK. Satu paket besar tu harga 5ringgit je. Murah boleh makan berkali-kali la kiranya. Untuk yang first time nak masak lala ni, saya share sikit cara nak basuh lala in case ada yang tertanya-tanya kan. Tak susah mudah je stepnya. Cuma perlu rendam lala dalam air then masukkan cili kering sikit and asam limau sekeping. Kalau takde cili kering, boleh juga guna cili merah. Patahkan dua. Ni tujuan dia untuk keluarkan kotoran ataupun selut yang ada dekat lala tu. Tak perlu rendam lama-lama dalam 10 minit ok dah.

Lepas dah rendam tu bilas balik dengan air sampai bersih. Kemudian saya rebus dulu sekejap dalam 5 minit sampai lala dah start terbukak, kiranya dah masak la tu. So nanti masak tak perlu lama-lama sangat dah. Ok jom tengok bahan-bahan and cara masak.


Sayur masak lemak bersama kacang panjang goreng telur

Bahan-bahan:
- Lala
- Santan
- 1 serai (dititik)
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa

Bahan blend halus:
- Cili padi campur sikit cili merah
- Bawang merah dan bawang putih

Cara memasak:

1. Masukkan bahan-bahan blend sekali dengan serai ke dalam periuk bersama santan. Masukkan satu sudu kecil serbuk kunyit. Didihkan santan. Make sure korang keep on kacau santan tu k.
2. Bila dah mendidih, masukkan lala. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sampai mendidih lagi sekali.
3. Bila dah cukup rasa semunya, boleh la tutup api dan hidangkan.

Saya guna serbuk kunyit sebab takde kunyit hidup. Kalau korang ada kunyit hidup boleh blend sekali dengan cili api dan bawang.

Mudah kan resepi ni. Selamat mencuba ye semua.

No comments:

Post a Comment