Follow Us

Wednesday 16 January 2019

Resepi Ikan Siakap Masak Sweet Sour

Hai semua,


Dah lama jugak rasanya saya tak update resepi2 version mudah saya kan. Kali ni saya nak share satu resepi yang sangat simple iaitu resepi ikan siakap masak sweet sour ataupun bahasa melayunya masak masam manis.


Nak cerita sikit, ikan siakap ni saya beli kat Aeon, Nampak segar2, teringin pulak nak beli. Saya ambik 3 ketul je yg dah dipotong tu kan, boleh tahan mahal ye total 20 ringgit jugak tu. Haa teringin punya pasal, sekali sekala boleh la kan. Dah beli terpikir pulak nak masak apa ikan siakap ni.


Husband request masak sweet sour. Saya tak pernah masak sweet sour sebelum ni, so boleh la cuba kan. Jom laa tengok resepi, macam mana cara nak masak ni. Yang pasti mudah.




Bahan-bahan:


- Ikan siakap (dibersihkan)
- Ceri tomato (dalam 4-5 biji)
- 1 biji cili merah (hiris nipis)
- 3-4 biji cili api (hiris nipis)
- 1 biji bawang besar (hiris bulat)
- Bwang merah & bawang putih (tumbuk halus-untuk menumis)
- 1 sudu besar cili giling
- 1 sudu besar sos tiram, sos tomato dan sos cili


Cara-cara:


1. Ikan siakap dilumur dengan garam dan kunyit, then goreng dulu hingga masak. Sebaiknya kalau nak ikan tu crispy dan rangup campur sekali tepung jagung, tapi saya tak campur sebab tak ada tepung jagung. Bila dah masak angkat dan ketepikan dulu.
2. Dalam kuali yang sama, kurangkan minyak tadi kalau banyak sangat, tumis bahan tumbuk tadi (bawang merah & putih) hingga wangi.
3. Masukkan cili giling, tumis sampai pecah minyak.
4. Kemudian masukkan semua jenis sos tu. Kacau sampai sebati. Tambah air untuk kuah.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sos tiram tu dah masin, so rasa dulu before letak garam, takut terlebih masin pulak.
6. Bila rasa dah cantik, masukkan ikan yang dah siap goreng tadi, masukkan jugak semua cili, bawang dan tomato ceri.
7. Kacau hingga sebati semua rasanya. Kalau nak tambah daun bawang pun boleh untuk hiasan.


Bila dah siap, boleh la tutup api dan hidangkan. Confirm sedap. Hihi.

No comments:

Post a Comment