Follow Us

Thursday 17 January 2019

Senarai Shopping Mall Yang Terbesar di Dunia

Pernah tak korang tertanya-tanya, bila tengok shopping mall kat Malaysia ni semuanya besar-besar je kan, tapi curious nak tau mall mana yang paling besar kat dunia ni and sebesar mana agaknya mall tu kan.


Malaysia ni of course semua tau la memang ada lambakan mall. Setiap negeri mesti ada mall. Yang membezakan tu cuma saiznya je, besar ke kecik. Kadang-kadang tu ada mall yang dah sampai tahap hidup segan mati tak mau je kat Malaysia ni kan. Dah tak boleh nak hidup dah. Ni semua sebab terlalu banyak mall sangat dah.


Berbeza dengan uk, masa saya tingal kat sana dulu, saya perasan yang tak banyak mall besar-besar macam kat Malaysia. Orang sana maybe lebih suka jalan-jalan outdoor agaknya kan. Maybe disebabkan perbezaan culture orang sana dengan orang kita. Asia ni kebanyakkan negara maju memang banyak laa mall yang besar kan.


Entry kali ni saja saya nak share antara list mall yang terbesar kat dunia ni. In case ada jugak yang tertanya-tanya macam saya kan. Anggap la seperti general knowledge kita. Saja nak tambah pengetahuan am kan. Hihi. Info ni pun semua dapat dari online jugak.


Jom tengok listing ni.


1. South China Mall (Keluasan: 6.6 million sf)








Tak terkejut laa kalau China yang pegang rekod kan, sebab semua tau kepadatan penduduk kat sana. China jugak merupakan salah satu largest market place in the world kan. So harus laa mall dia pun besar-besar belaka. Mall kat sini dikatakan mempunyai sekitar 2300 kedai. Dalam dia siap ada indoor roller coaster lagi. Tapi, jangan terkejut, mall sebesar ni tak ada orang datang sehinggakan mall ni dikenali sebagi ghost mall. Haaa kenapa jadi macam tu ek. Dikatakan total occupants kat sini cuma 10% je dari keseluruhan, itu pun kedai makan fast food sahaja, terletak kat area paling depan berdekatan dengan main entrance.


2. SM Tianjin (Keluasan: 5.7 million sf)








Again, ditangga kedua masih lagi di China. SM Tianjin ni salah satu mall yang dimiliki oleh SM Prime Holdings, Philippine, salah satu mall chain yang ada banyak cawangan di Philippine dan jugak China. Mall ni agak baru jugak dibuka sekitar tahun 2016. SM Mall ni kira rangkaian mall yang sangat besar kalau kat Philippine sana. Tapi dorang berjaya bukak satu mall yang besar kat China dengan jumlah kedai lebih kurang 2300 semuanya.


3. Golden Resources Mall (Keluasan: 5.7 million sf)








Masih lagi didominasi oleh China, Golden Resources Mall ni terletak di Beijing. Mall ni juga dikatakan mengalami nasib yang sama seperti kebanyakkan mall lain, hidup segan mati tak mau. Jumlah pengunjung yang amat sikit setiap hari dikatakan berpunca daripada harga barang yang mahal dijual disini yang tak sesuai untuk golongan berpendapatan rendah di China. Foreigners yang melancong ke sini jugak susah untuk datang shopping kat sini sebabnya location dia terletak jauh dari hot spot Beijing.


4. Siam Paragon (Keluasan: 4.7 million sf)









Siam Paragon ni memang fames la dikalangan pelancong ke Thailand. Macam tak sah pulak kalau pergi Bangkok tak pergi ke sini. Dia diklasifikasikan sebagai upper-class shopping mall. Jual barang-barang branded gitu la. Kat sini juga terletaknya Siam Ocean World Aquarium, Thai Art gallery, opera concert hall dan juga movie theater space.


5. SM City Mega Mall (Keluasan: 4. 7 million sf)









Location dia terletak di Philippines, Metro Manila. Ni la dia rangkaian mall besar yang sama dengan No 2 kat atas ni ha. Kira kat Philippines memang dorang pegang rekod la kiranya. Dianggarkan jumlah pengunjung sehari sekitar 800k. Woww banyak tu kan. Terbahagi kepada dua bahagian utama, bahagian A terletaknya cinema, bowling, food court and toy shop manakala bahagian B pulak untuk kedai retail yang lain-lain.


6. 1 Utama (Keluasan: 4.7 million sf)









Haaa Malaysia pun masuk list ok. 1 utama merupakan mall paling besar di Malaysia ni terletak di Bandar Utama. 1 Utama ni terbahagi kepada 2 bahagian, Old Wing & New Wing. Old Wing dibuka pada tahun 1995, manakala New Wing pulak dibuka pada tahun 2004. Kalau weekend nak datang sini confirm sesak. nak cari parking je satu hal la. Memang pening dibuatnya.


7. Istanbul Cevahir (4.0 million sf)









Shopping mall ni terletak di Istanbul, Turkey dan diklasifikasikan sebagai shopping mall yang terbesar di Europe. Siap dibuka pada tahun 2005, mall ni mempunyai 343 retail shop, 34 fast food restaurant and 14 fine dining restaurant.


Sekian je laa sedikit sebanyak saya share mengenai shopping mall yang terbesar kat dunia ni. So yang mana satu dalam list ni yang korang dah penah pergi? Share sikit. Hihi

No comments:

Post a Comment