Lunch time malas nak pikir masak apa kadang-kadang kan. Kalau masak nasi, lauk at least kena 2 jenis, satu lauk satu sayur. Bila dah malas tu, saya masak je kuey teow goreng. Mudah. Sekali masak je. Alang-alang tu saya nak share resepi kuey teow goreng simple saya ni yang pasti menjadi dan sedap. Hihi.
Kalau korang simpan kuey teow dalam peti ais dia akan jadi keras kan. So nak leraikan dia, korang just rendam dalam air panas mendidih. Kejap je tak payah lama. Agak bila dia dah mula lembut and boleh dileraikan tu, korang bilas la dengan air paip biasa. Make sure leraikan siap-siap kuey teow tu supaya bila goreng nanti dia tak hancur.
Selalunya orang letak kerang kan, tapi saya cuma letak udang dengan chicken ball je sebab tak ada kerang. Guna apa yang ada kat rumah je.
Bahan-bahan:
- Sebungkus kuey teow (bersihkan)
- 6 ketul bebola ayam (potong 4)
- Sedikit sayur sawi
- Sedikit tauge
- 4 ulas bawang putih (ketuk/cincang lumat)
- 1 biji telur
- Sos tiram
- Sos cili
- Kicap manis
- 5 ekor udang saiz sederhana- potong dua (saya rebus dulu untuk ambil air rebusan udang)
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali besar dan tumis bawang putih sehingga garing dan naik bau.
2. Masukkan bebola ayam dan kacau sampai bebola ayam masak. Kemudian masukkan udang.
3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Gaul rata. Tambahkan sedikit air rebusan udang.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sos tiram tu dah masin, so pandai-pandai adjust rasa supaya tak terlalu masin k.
5. Bila rasa dah ok, masukkan kuey teow, sawi dan taugeh. Kacau sekejap then masukkan sebiji telur. Cepat- cepat kacau sampai sebati semuanya.
Jadi, dah siap la kuey teow goreng simple ni. Mudah je kan. Anak-anak pun boleh makan sebab tak pedas. Kalau korang nak yang pedas-pedas sikit, boleh tumis cili kering/cili boh dulu before masukkan semua sos tu. Ataupun boleh masukkan cili padi. Saya buat ni tak pedas sebab anak nak makan sekali.
No comments:
Post a Comment